Tuesday, 15 November 2016

GARA-GARA MIANG KELADI

Assalamualaikum..

Hari nie nak kongsi pengalaman dan ilmu baru dalam hidup nie..
Tepat jam 12 tengahari perut pun berkeroncong tanda kelaparan..
Pastu saya dan kawan terus ke kedai makan..

Sampai kat kedai makan terus amik lauk gulai siput sedut ngan batang keladi...
Memang da lama teringin nak makan siput sedut..nak pulak padankan dengan sayur batang keladi memang menyelerakan la..

Nak dijadikan cerita satu gigit je batang keladi dah menyebabkan selera makan terhenti..
Mana tak nye tekak, mulut, kerongkong mencucuk-cucuk pedih pastu lama-lama jadi gatal..
Sampai mata berair dan sesak nafas sikit..

Pastu kawan pun cepat-cepat google petua nak hilangkan gatal batang keladi nie..
Ade yang share pengalaman kat blog dan sarankan gigit bawang putih dan minum air masak banyak- banyak..
Ade yang share suruh makan asam jawa dan limau nipis..

Tapi waktu tu saya hanya minum air banyak-banyak dulu pastu pergi basuh tangan..
Saya dan kawan maklumkan kat kaunter kedai makan sebab takut ade customer lain termakan jugak..
Tapi respon akak kaunter tu "biase la tu termakan keladi gatal akak pun pernah kena"..
Kecewa jap..so tak pasti die simpan masakan gulai keladi tu or still biar je..

Kami pun beredar dan singgah kedai goreng pisang tepi jalan..beli air kelapa dan minta beberapa ulas bawang..
Terus gigit bawang putih tu sikit2 dan telan..terpaksa!!
Pastu minum air kelapa pulak..
Sampai umah makanan makan tadi keluar semua...muntah!!
Barulah lega...

Pengajaran Harini!!

  • Sayur keladi better makan yang masakan sendiri sebab kita tahu cara die bersihkan rebus dan boleh detect kalau gatal sebelum makan..
  • Sebagai orang yang meniaga jangan la menganiaya pelanggan kalau dah tahu masakan tu tak boleh dijual dan mengakibatkan kesan tak baik..
  • Belajar banyak petua dengan orang tua2 senang nanti jadi pape tau cara nak handle..terima kasih pada petua yang dikongsikan.. 

Sekian...Wasalam..


Monday, 4 January 2016

HIJRAH TAHUN BARU 2016

Assalamualaikum..Salam tahun baru 2016

Hijrah tahun baru 2016 nie ialah macam mana nak jadi seorang komunikator yang baik. Risau jugak bercakap,berkomunikasi dengan orang hari-hari tapi banyak yang tak mendatangkan faedah. Zaman sekarang pulak dah canggih seperti wujudnya media sosial facebook, whatsapp, wechat dan banyak lagi yang memboleh kita berkomunikasi dengan kawan-kawan lebih cepat dan mudah. So kita cari sikit tips untuk menjadikan komunikasi kita lebih baik berdasarkan ayat-ayat Al-Quran untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita.

Antara aspek komunikasi yang diterapkan dalam Al-Quran ialah:

1) Kejujuran dalam berkomunikasi

·         Menyampaikan berita yang benar
·         Tidak menyembunyikan sebahagian berita
·         Tidak menukar berita dusta kepada benar

Firman Allah SWT bermaksud:

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Surah Al-Nahl 16: 116)

2) Ketepatan dan ketelitian  dalam menerima serta menyebarkan berita

·         Meneliti setiap berita yang sampai sebelum mempercayai
·         Mengkaji semula berita yang diterima sebelum disampaikan kepada orang lain


   Firman Allah SWT bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (Surah An-Nuur 24:19)


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah Hujuraat 49:6)

3) Tanggungjawab sebagai komunikator

·         Berkongsi ilmu pengetahuan untuk menyampaikan kebenaran
·         Mendidik jiwa masyarakat dengan ilmu pengetahuan yang benar


Firman Allah SWT bermaksud:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah Al-Israa’ 17:36)


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah Al-Nahl 16:125)


4) Komunikasi yang membina

·         Komunikasi ke arah kebaikan individu, masyarakat dan Negara.
·         Komunikasi ke jalan dakwah Islamiah



Firman Allah SWT bermaksud:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali-Imraan 3:104)


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". 
(Surah Al-Baqarah 2: 201)

5) Keadilan dalam komunikasi

·         Memberi peluang untuk orang lain memberi pandangan.
·         Mendengar dengan baik pandangan orang lain 
·         Mengamalkan komunikasi dua hala



Firman Allah SWT bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Surah Al-Nahl 16:90)


Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Al-Quran untuk jadikan komunikasi harian kita ke arah yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah SWT. ANDA mampu mengubahnya. Sekian..



Tuesday, 20 October 2015

MOVING FOWARD

Salam semua..lama tak menulis dalam blog nie..al maklumlah kunun2 superb bzy mengalahkan menteri..dalam hidup kita nie semakin meningkat usia jadi cabaran pn semakin getir..macam2 kena tempuh kadang2 menyentuh emosi, fizikal, sosial dan lain2..tapi kita jangan mudah mengalah dan jangan sesekali lemah..tak maula lemau cam biskut masuk angin..huhu..kita kena tempuh jugak walaupun ianya payah dan perit..sebab dihujung cabaran tu nanti insyaAllah akan ada kemanisan yang kita akan dapat..

Suka nak kongsikan sedikit rentetan filem TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WICJK sebab akan memberi kita satu motivasi yang tinggi supaya perlu teruskan hidup dan capai kejayaan..daripada satu cabaran yang amat dasyat menimpa diri Zainuddin (watak utama filem) apabila die dihina tidak berketurunan dan tak dibenarkan bercinta dengan gadis Minang Hayati (Heroin) yang tinggi nilai adatnya. Akhirnya dia berhijrah mengunakan bakat dan semangat yang tinggi terus berusaha sehingga berjaya.

Kita jangan lupa sejarah Rasulullah SAW untuk menyebarkan dakwah islam..pelbagai halangan dan rintangan nak kena tempuh sehingga berhijrah ke Kota Madinah dan islam turut tersebar ke seluruh pelusuk dunia..hebatkan..

Oleh itu, kita kena percaya sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu..dan ujian yang didatangkan kepada kita adalah tanda kasihNya kepada kita..So kesimpulannya ayuh bangun teruskan melangkah hingga ke puncak kejayaan harungi dugaan dengan tabah dan sabar..tidak perlu endahkan skeptikal sekeliling BECAUSE LIFE MUST GO ON..


 sekian dulu, wasalam..







Wednesday, 14 January 2015

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Salam semua

sekali-sekala menjenguk blog nie..ade je ssuatu yg nk disharekn..sbelum tu nk wish selamat tahun baru..welcome 2015..ohh noo now i'm 24 already..so langkah yg rapi perlu diatur untuk mse depan yg gemilang..dgn berbekalkn azam yg dah renew i want to be first class of mind.."minda kelas pertama" yess mmg ssah  nk jd minda kelas pertama..mcm2 la org ckp..ehh minda kau??kelas pertama?? harharhar..okay fine lantak la org nk ckp ape tp itu azam kite so why not challenge myself to be a reality..inilah semangat 2015 yg akan ku bawa hingga ke penamat hidup ini..

minda pertama versi diriku ialah...
*jgn mudah mengalah
*jgn malas-malas
*sentiase memikirkan jln penyelasaian masalah
*moving forward..pndang kedepan
*kurang dosa tingkatkan amal ibadah
*plesss sukarela untuk wat perkara yg baik
*rajin timba ilmu from UPSR..PMR..SPM..STAM..DEGREE..insyaallah MASTER and PHD
*jika kau ank emak n abah berbaktilah kepada mereka
*ehh..kaklong plak tu..jdilah contoh pd adik2
*yg pling penting menjadi hamba ALLAH yg taat n berjasa kpada agama..aminn.


ffuuhhh panjang berjela-jela definisi minda pertama versi diriku..so untuk mrelisasikan azam nie kne berusaha n bekorban..kdg2 memang lemah ble diuji dgn hal2 dunia..terutama skli psl kewangan..nk hidup zaman ler nie xde duit xidup..dah la zmn GST..hehehe zmn kenaikan harga dan zmn ketandusan kerja..adoiii..tp plisss jgn mudah mengalah ko ttap boleh hidup dan akan berjaya..percayalah rezeki Allah tu luas..seperti firmanNYA" aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri akan mengubahnya."

sekian..see u again

wasalam

Wednesday, 1 October 2014

UJIAN ADALAH TANDA SAYANG ALLAH

salam

hari ini nak kongsi sikit psl ujian..semua org akn menghadapi dugaan, cabaran, masalah dan yg paling menyayat hati apabila kehilangan sesuatu yg kite syg..seperti yg kite ketahui malaysia digemparkan dgn berita kehilangan MH370 iaitu pesawat yg membawa rmai penumpang dan muncul pula berita pesawat MH17 ditembak ketika melalui kwasan ukraine menyebabkan kehilangan byk nyawa..bila dikenang semula peristiwa besar ini memang sgt menyedihkan tetapi sedarkah kita bahawa itu ujian yg Allah turunkn sbg peringatan dan tanda sayangNya kpd kita semua..oleh itu segeralah kita beribadah kpdNya kerana hidup ini hanya sementara..kadangkala kite terlalu mudah melatah ketika diuji..kita merungut, marah dan yg paling menyedihkan menyalahkan takdir sehingga boleh memesongkan akidah kita..knape perlu sampai begitu sedangkan kita ada Allah tempat paling sesuai untuk mengadu..kembalilah semula mengingatiNya..





"Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya sekiranya mereka tidak mampu"

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]






Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)


Monday, 29 September 2014

SATU PERMULAAN PERLU KETABAHAN

Salam

Memang terlalu lama tak jengguk blog nie..so hari ini tergerak hati untuk meluahkan sdikit rasa disini walaupun sudah sibuk berwasap, berinsta, berfb, berwechat dll..alhamdulillah sudah tamat pengajianku selama 4 tahun yg dulunya ku rasa amat lama dan kini terlalu singkat bagiku..insyaAllah akan berkonvo pd 15 november - 16 november bersama sahabat-sahabat tersayang..sungguh indah aturan Allah S.W.T..jika terkenang kembali pahit jerih ketika belajar rasa tidak mampu menghabiskan 4 tahun itu tetapi berkat kesabaran, usaha, ketabahan dan semangat drp semua org akhirnya ia tetap berjaya ditamatkan dengan segulung ijazah.

namun episod kehidupan bukan terhenti sekadar disini..byk lagi dugaan yg akn ditempuh pd hari mendatang..terutamanya alam pekerjaan..sekarang aku tengah giat mencari kerja kerana takut dilabel graduan menganggur..insyaAllah akn berjaya jika berusaha lebih..jgn malas!!!

sementara menunggu kerja tetap aku mencari sedikit rezeki di bumi nilai ini dgn menjadi pembantu penyelidik kpd pensyarahku..menimba ilmu jgn pernah jemu..aku juga mengusahakan minat yg terpendam selama ini iaitu berniaga kecil-kecilan..dgn mgunakan kreativiti sendri terhasil juga halfmoon..then dah de customer..alhmdulillah..bkn nk untung sgt tp sbb minat..

antara halfmoon yg tinggal
halfmoon nie xjarang n selesa dipakai dimana-mana..

ready untuk di pos kepada customer




Sunday, 11 May 2014

KENALI BAHAGIAN DALAM BADAN

Salam

Apabila bercerita tentang bahagian dlm badan kita byk pekara yang kita masih tidak tahu. Sedangkan ia adalah pekara yang penting untuk kita ketahui kerana ia adalah milik kita. Sesungguhnya organ dalaman memainkan peranan penting untuk kitaran hidup kita seharian. Organ dalaman juga bekerja 24 jam tiada henti. Jika salah satu organ dalam berhenti maka akan bermasalah seseorang itu. Oleh itu, kita perlu tahu setiap fungsi organ dalaman kita dan menjaganya dengan baik. Makan makanan berkhasiat, banyakkan senaman dan berpuasa adalah antara pekara yang baik untuk menjaga kesihatan dan baik untuk organ dalaman kita. Jom kita lihat dan kenali bahagian-bahagian dalam badan kita seperti gambar dibawah:-