Cara berpakaian untuk Wanita Rendah
Warna pakaian Elakkan pakaian dengan warna yang
terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin
menyerlahkan bahagian - bahagian yang Anda ingin sembunyikan. Warna baju
hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat
tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian
(skirt atau seluar) akan menambah kesan tinggi pada tubuh Anda. Jika
Anda kurang menyukai warna-warna tersebut, Anda boleh memilih warna
lain, namun pastikan Anda memilih warna dengan tona yang sama.
Motif atau corak pakaian
Pilih pakaian dengan motif atau corak bergaris vertical. Tips dan
teknik ini telah banyak dilakukan oleh orang lain agar tubuhnya yang
gemuk kelihatan lebih kurus. Perhatikan pula ukuran dan jarak antar
garis vertical tersebut. Ukuran garis yang tebal (tidak nipis) dan
jarak antara garis yang cukup lebar adalah tidak efektif untuk
menjadikan Anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif
garisan vertical yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Pakai
skirt, seluar (pants), blaus, t-shirt dan gaun bergaris. Motif garis
vertical ini juga akan membuat tubuh Anda nampak lebih tinggi. Untuk
kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan
menutupi sampai ke bahagian kasut. Selain motif garis vertical, Anda
juga bisa menggunakan motif garis-garis asimetrik seperti tunik untuk
memberi kesan panjang pada bagian atas tubuh.
Ukuran pakaian
Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang Anda gunakan.
Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar
supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah, kerana pakaian yang terlalu
ketat akan menampakkan kekurangan-kekurangan pada tubuh Anda,
sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan semakin menutupkan
kelebihan dan kekuatan yang boleh Anda tonjolkan. Ini tentu akan
menambahkan kesan besar pada tubuh Anda. Untuk itu, orang yang
berbadan besar seeloknya menggunakan pakaian yang berukuran cukup-cukup
muat (tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar) dan sesuai dengan
ukuran tubuh Anda.
Skirt Jika
Anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu
panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan
lebih tebal (besar), sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan
menambah volume tubuh dan nampak gemuk.
Blazer dan cardigan
Blazer yang berwarna gelap merupakan pilihan yang cukup baik, kerana
akan menonjolkan bentuk tubuh seperti menonjolkan pinggang dan pinggul.
Kardigan juga akan memberikan efek/kesan merampingkan tubuh. Anda dapat
memilih model kardigan dengan model potongan yang lebih panjang.
Postur
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan
seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan
tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu Anda untuk
kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan
rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah
tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan bergaya.
Kasut tinggi
Kasut dan sandal bertumit tinggi adalah pilihan wajib bagi setiap
wanita yang ingin kelihatan lebih ramping. Selain lebih ramping, pilihan
ini akan membuat tubuh Anda kelihatan lebih tinggi. Jika Anda rasa
kekok dan tidak selesa memakai kasut bertumit terlalu tinggi, Anda
boleh pakai kasut atau sandal yang tumitnya sederhana tinggi.
No comments:
Post a Comment