Thursday 17 October 2013

20 PERKARA WANITA TIDAK SUKA PADA LELAKI

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Wednesday 16 October 2013

Cara berpakaian untuk Wanita Rendah



  • http://images02.olx.com.my/ui/15/98/55/1315085189_246699355_1-Pictures-of--Pakaian-Muslim-Muslimah-Terkini.jpg
  • Warna pakaian Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian - bahagian yang Anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian  (skirt atau seluar) akan menambah kesan tinggi pada tubuh Anda. Jika Anda kurang menyukai warna-warna tersebut, Anda boleh memilih warna lain, namun pastikan Anda memilih warna dengan tona yang sama.



  • Motif atau corak pakaian Pilih pakaian dengan motif atau corak bergaris vertical. Tips dan teknik ini telah banyak dilakukan oleh orang lain agar tubuhnya yang gemuk kelihatan lebih kurus. Perhatikan pula ukuran dan jarak antar garis vertical tersebut. Ukuran garis yang tebal (tidak nipis) dan jarak antara garis yang cukup lebar adalah tidak efektif untuk menjadikan Anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertical yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Pakai skirt, seluar (pants), blaus, t-shirt dan gaun bergaris. Motif garis vertical ini juga akan membuat tubuh Anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. Selain motif garis vertical, Anda juga bisa menggunakan motif garis-garis asimetrik seperti tunik untuk memberi kesan panjang pada bagian atas tubuh.



  • Ukuran pakaian Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang Anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah, kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan-kekurangan pada tubuh Anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan semakin menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh Anda tonjolkan. Ini tentu akan menambahkan kesan besar pada tubuh Anda. Untuk itu, orang yang berbadan besar seeloknya menggunakan pakaian yang berukuran cukup-cukup muat (tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar) dan sesuai dengan ukuran tubuh Anda.



  • Skirt Jika Anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih tebal (besar), sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menambah volume tubuh dan nampak gemuk.



  • Blazer dan cardigan Blazer yang berwarna gelap merupakan pilihan yang cukup baik, kerana akan menonjolkan bentuk tubuh seperti menonjolkan pinggang dan pinggul. Kardigan juga akan memberikan efek/kesan merampingkan tubuh. Anda dapat memilih model kardigan dengan model potongan yang lebih panjang.



  • Postur Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu Anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan bergaya.



  • Kasut tinggi Kasut dan sandal bertumit tinggi adalah pilihan wajib bagi setiap wanita yang ingin kelihatan lebih ramping. Selain lebih ramping, pilihan ini akan membuat tubuh Anda kelihatan lebih tinggi. Jika Anda rasa kekok dan tidak selesa memakai kasut bertumit terlalu tinggi, Anda boleh pakai kasut atau sandal yang tumitnya sederhana tinggi.
  • Saturday 28 September 2013

    Happy family di hari raye


    Assalamualaikum...

    Ini semua gambar2 snap waktu hari raya..bila tiba hari raya mmg seronok sbb akan berjumpa sanak saudara, bermaaf-maafan, ziarah- menziarahi..kadang-kadang kawan yg dh lama kite xjmpe pun, kita akan jumpa waktu hari raya..tp preparation sblum raye pn mmg pnt la..ssb kami hanya ada 4 adik bradik je and smua still blaja so mak n abah org yg pling byk kne buat kerja..tp kami ttp mmbntu cuma byk lg bnda ya tak tahu sperti masak rendang,kuah kacang and lemang. Sy nk pandai masak smua tu sbb nnt mak n abah boleh rehat biar sy and adik2 pulak yg masak..bila raya pertama macam biasa la rumah kami akan pnuh dulu dgn sanak saudara yg baru blik daripada smbhyang raya..macam-macam cerita waktu raya nie but pliss jgn cemari hari raya kita dgn mngumpat, mgutuk org lain, brgaduh..spatutnya kite bermaaf-maafan kerana takut kita susah untuk berjumpa sperti hari raya lagi..kita perlu bercakap pekara yg baik-baik kerana belum pasti kita akan berjumpa raya tahun depan..namun jika umur masih pnjang inshaa allah kita akan berjumpa semula.

    Friday 20 September 2013

    Cinta Kerana Allah


    Terdedah dengan perkataan cinta adalah perkara biasa.
    Terjebak dengan perkataan cinta adalah bahaya.
    Tersalah percaturan dalam cinta mengundang dosa.
    Tertib dalam aturan cinta yang benar mendapat bahagia.


    Allah ciptakan Adam dan Hawa untuk melahirkan umat yang cemerlang.
    Jadi Allah telah mencipta cinta kerana manusia hidup berpasang-pasangan.
    Namun cinta ini haruslah berpaksikan kepada penciptanya.



    Besabar Diatas Dugaan

    Manusia dicipta dengan sempurna oleh Allah S.W.T dan dilahirkan di muka bumi ini dengan kelebihan yang berbeza-beza. Oleh itu sebagai hambaNYA kita harus bersyukur dan redha dengan ketentuan ilahi. Allah S.W.T juga telah menjanjikan rezeki kepada setiap hambaNYA. Namun, jika kita hidup di dunia ini diberi rezeki yang lebih jangan riak dan bangga dengan kelebihan itu. Gunalah ia untuk membantu orang yang memerlukan dan jangan jadikan kelebihan itu untuk kesenangan diri sendiri.Belajarlah menyelami kesusahan orang lain dan bantula mereka.


    Allah S.W.T akan memberi dugaan kepada hambaNYA yang mampu dan kuat untuk menempuhinya. Bersabar diatas setiap kesusahan yang dilalui akan mendapat ganjaran yang lebih kelak.


    Kita sering merungut ketika menghadapi masalah sedangkan masih ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kita.Oleh itu, kita haruslah tenang menghadapi masalah dengan izin Allah S.W.T ada jalan penyelesaiannya dan perbanyakkan doa.

    Monday 1 July 2013

    seorang sahabat dan teman hidup

    Aina seorang gadis yang ceria dan comel tetapi agak tegas.Dia sentiasa memastikan dirinya mengikut setiap prinsip yang ditetapkan.Baginya setiap prinsip yang dibuat akan menjadikan hidupnya lebih teratur dan lagi mudah untuk mencapai sesuatu matlamat.Sebagai anak sulung perwatakan tegas dan bertanggungjawab sangat penting dalam dirinya.

    Namun, berbeza pula dengan Haikal seorang pemuda yang tegap dan smart tetapi agak mudah terpengaruh.Dia lebih suka mengikut trends atau pengaruh kawan-kawannya.Baginya kalau tidak mengejar semua itu dia dianggap ketinggalan zaman.Tetapi tidak hairanlah sebagai anak bongsu memang sentiasa didedahkan dengan pengaruh daripada abang-abangnnya.

    Mereka sudah bertemu sejak dari zaman persekolahan lagi.Sewaktu tingkatan 4 semasa menghadiri kursus bina jati diri, waktu pertama kali Haikal terserempak dengan Aina. Sejak daripada hari itu, Haikal cuba untuk mengenali Aina dengan lebih dekat lagi. Perasaan ingin tahu siapa Aina mendorong untuk Haikal terus berusaha mendapatkan nombor telefon Aina melalui rakan-rakannya.

    Aina pula tidak langsung menyedari kehadiran Haikal sehinggalah pada suatu hari telefonnya berdering, dan nombor yang tidak dikenali membuat panggilan. Aina terus bertanya awak nie siapa??kenal saya ke??kalau tak kenal mungkin silap nombor kot..Haikal terus menjawab awak Aina kan..saya kenal awak..saya harap awak sudi jadi kawan saya..Aina bingung dan terus mematikan telefonnya.

    Bermula saat itulah perhubungan mereka semakin rapat.Saling tolong- menolong dan sentiasa berkongsi susah dan senang.Pelbagai impian mereka bina bersama sebagai pendorong semangat untuk berjaya.Walaupun terdapat sedikit perbezaan sikap tetapi tetap teguh bersama.Mereka juga pernah belajar di sekolah yang sama semasa di tingkatan 6. Setiap masalah mereka cuba untuk selesaikan bersama.Pernah juga Haikal mengadu dan bersedih dengan masalahnya sehingga Aina yang mengalirkan air mata.Kadang-kadang kata-kata Haikal juga boleh menjadi semangat untuk Aina terus berjaya.

    Aina selalu menjadi seperti, mak-mak or kakak-kakak kepada Haikal. Dia membebel dan menasihati Haikal tidak pernah jemu.Baginya jika dia berjaya orang yang rapat dan orang yang dia sayang mesti kena berjaya.Itulah ungkapan yang akan sentiasa menembusi telinga Haikal.Walaupun Haikal agak nakal dan malas tetapi dia tetapi mempunyai usaha dan cuba mengikut segala nasihat Aina.Dia sangat menghargai setiap nasihat yang Aina berikan.Malah dia bersyukur kerana bertemu dengan Aina.

    Perhubungan mereka semakin kukuh sehinggalah masing-masing sudah masuk alam 20-an. Jiwa muda, darah muda dan telah berjumpa dengan kehidupan yang baru. Masing-masing mula mengatur kehidupan sendiri untuk kesenangan masa hadapan.Ketika itulah, perhubungan semakin renggang dan akhirnya terpisah begitu saja.Aina tidak menyangka ciri-ciri teman hidup yang Haikal mahukan jauh berbeza daripada dirinya. Dia merelakan Haikal pergi mencari gadis yang diimpikannya walaupun hatinya sangat pedih untuk menerima semua itu.Baginya jika Haikal jodohnnya yang telah ditetapkan Allah mereka pasti akan bersatu.Kini Aina hanya menumpukan kepada impiannya.

    Kita hanya mampu merancang namun perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik.




    Sunday 30 June 2013

    tenangkan dirimu daripada masalah ~chill~

    main suap-suap pun seronok gak huhu =)



    macam-macam makanan semuanya berkolestrol..fuhh bahaye btol.. 


     Assalamualaikum semua...
    Nie nak kongsi gambar kami meraikan hari lahir oarang yang special bagi kawan sy...so sy pun tumpang sekaki la..saje nak bersuka ria..walaupun kita banyak masalah and susah hati tapi kita jangan biarkan diri kita lemas dengan masalah-masalah yang menyerabutkan otak..memang dengan membiarkan masalah tu ia takkan selesai tapi kita kena bagi sedikit ruang untuk otak kita supaya boleh berfikir dengan tenang dan....yang paling penting berfikir secara rasional..kadang-kadang apabila kita terlalu susah hati akan sesuatu perkara kita akan hilang pertimbangan..time tu mulalah datang bisikan-bisikan yang mengajak ke arah keburukan..so kite kena cepat-cepat elak pekara itu semua pertama skli of course la dengan mengingati Allah...mengaji,berzikir kedua elakkan daripada duduk bersendrian..lg baik kite lepak-lepak ngan member..ketiga cubalah sibuk-sibukkan diri dengan pelbagai kerja..tapi smbil tu fikirla cara nk selesaikan masalah tu..tnye pndapat org lain pun boleh mmbantu...semua nie sy slalu amalkan time ade masalah berkesan jugak la...yelah daripada dahi berkerut boleh tersnyum keluar gigi sebaris cam dalam gambar tu kire ok la kan..huhu

    ~THANKS FOR BEING MY FRIENDS~

    Tuesday 18 June 2013

    Keegoan wujud dalam diri setiap manusia.Namun kita perlu mempertahankan keegoan  pada certain pekara  seperti menjaga maruah sebagai seorang wanita.Tetapi jangan terlalu ego dalam banyak pekara kerana ia akan mendatangkan persengketaan dan perpisahan.Oleh itu pupuklah sikap bertolak-ansur dan bertoleransi untuk menjaga sesebuah hubungan .

    Jika kita dibenci didunia ini kerana beberapa kesalahan maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah taala.
    Tidak pernah rugi jika menjadi seorang yang jujur.Kejujuran haruslah kita praktikkan dalam kehidupan kita.

    Hargailah dengan apa yang kita miliki dan bersyukurlah.