Monday, 1 July 2013

seorang sahabat dan teman hidup

Aina seorang gadis yang ceria dan comel tetapi agak tegas.Dia sentiasa memastikan dirinya mengikut setiap prinsip yang ditetapkan.Baginya setiap prinsip yang dibuat akan menjadikan hidupnya lebih teratur dan lagi mudah untuk mencapai sesuatu matlamat.Sebagai anak sulung perwatakan tegas dan bertanggungjawab sangat penting dalam dirinya.

Namun, berbeza pula dengan Haikal seorang pemuda yang tegap dan smart tetapi agak mudah terpengaruh.Dia lebih suka mengikut trends atau pengaruh kawan-kawannya.Baginya kalau tidak mengejar semua itu dia dianggap ketinggalan zaman.Tetapi tidak hairanlah sebagai anak bongsu memang sentiasa didedahkan dengan pengaruh daripada abang-abangnnya.

Mereka sudah bertemu sejak dari zaman persekolahan lagi.Sewaktu tingkatan 4 semasa menghadiri kursus bina jati diri, waktu pertama kali Haikal terserempak dengan Aina. Sejak daripada hari itu, Haikal cuba untuk mengenali Aina dengan lebih dekat lagi. Perasaan ingin tahu siapa Aina mendorong untuk Haikal terus berusaha mendapatkan nombor telefon Aina melalui rakan-rakannya.

Aina pula tidak langsung menyedari kehadiran Haikal sehinggalah pada suatu hari telefonnya berdering, dan nombor yang tidak dikenali membuat panggilan. Aina terus bertanya awak nie siapa??kenal saya ke??kalau tak kenal mungkin silap nombor kot..Haikal terus menjawab awak Aina kan..saya kenal awak..saya harap awak sudi jadi kawan saya..Aina bingung dan terus mematikan telefonnya.

Bermula saat itulah perhubungan mereka semakin rapat.Saling tolong- menolong dan sentiasa berkongsi susah dan senang.Pelbagai impian mereka bina bersama sebagai pendorong semangat untuk berjaya.Walaupun terdapat sedikit perbezaan sikap tetapi tetap teguh bersama.Mereka juga pernah belajar di sekolah yang sama semasa di tingkatan 6. Setiap masalah mereka cuba untuk selesaikan bersama.Pernah juga Haikal mengadu dan bersedih dengan masalahnya sehingga Aina yang mengalirkan air mata.Kadang-kadang kata-kata Haikal juga boleh menjadi semangat untuk Aina terus berjaya.

Aina selalu menjadi seperti, mak-mak or kakak-kakak kepada Haikal. Dia membebel dan menasihati Haikal tidak pernah jemu.Baginya jika dia berjaya orang yang rapat dan orang yang dia sayang mesti kena berjaya.Itulah ungkapan yang akan sentiasa menembusi telinga Haikal.Walaupun Haikal agak nakal dan malas tetapi dia tetapi mempunyai usaha dan cuba mengikut segala nasihat Aina.Dia sangat menghargai setiap nasihat yang Aina berikan.Malah dia bersyukur kerana bertemu dengan Aina.

Perhubungan mereka semakin kukuh sehinggalah masing-masing sudah masuk alam 20-an. Jiwa muda, darah muda dan telah berjumpa dengan kehidupan yang baru. Masing-masing mula mengatur kehidupan sendiri untuk kesenangan masa hadapan.Ketika itulah, perhubungan semakin renggang dan akhirnya terpisah begitu saja.Aina tidak menyangka ciri-ciri teman hidup yang Haikal mahukan jauh berbeza daripada dirinya. Dia merelakan Haikal pergi mencari gadis yang diimpikannya walaupun hatinya sangat pedih untuk menerima semua itu.Baginya jika Haikal jodohnnya yang telah ditetapkan Allah mereka pasti akan bersatu.Kini Aina hanya menumpukan kepada impiannya.

Kita hanya mampu merancang namun perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik.