Wednesday, 1 October 2014

UJIAN ADALAH TANDA SAYANG ALLAH

salam

hari ini nak kongsi sikit psl ujian..semua org akn menghadapi dugaan, cabaran, masalah dan yg paling menyayat hati apabila kehilangan sesuatu yg kite syg..seperti yg kite ketahui malaysia digemparkan dgn berita kehilangan MH370 iaitu pesawat yg membawa rmai penumpang dan muncul pula berita pesawat MH17 ditembak ketika melalui kwasan ukraine menyebabkan kehilangan byk nyawa..bila dikenang semula peristiwa besar ini memang sgt menyedihkan tetapi sedarkah kita bahawa itu ujian yg Allah turunkn sbg peringatan dan tanda sayangNya kpd kita semua..oleh itu segeralah kita beribadah kpdNya kerana hidup ini hanya sementara..kadangkala kite terlalu mudah melatah ketika diuji..kita merungut, marah dan yg paling menyedihkan menyalahkan takdir sehingga boleh memesongkan akidah kita..knape perlu sampai begitu sedangkan kita ada Allah tempat paling sesuai untuk mengadu..kembalilah semula mengingatiNya..





"Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya sekiranya mereka tidak mampu"

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]






Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)


No comments:

Post a Comment