Tuesday, 18 March 2014

ZAMAN TEKNOLOGI

Salam

Zaman memang dah berubah...sekarang ia berubah kepada zaman teknologi dan ict..jadi nak x nak kita pun perlu mengikut trend sekarang supaya tidak ketinggalan..so masalahnya sekarang sayalah orang yang ketinggalan zaman tu..orang lain dah sibuk dengan whatsup, wechat,IG, fb dimana-mana saja saya plak msih berfb di depan desktop, laptop dan xboleh angkut kemana-mana..

Masalah kekangan gadget nie ialah kekangan kewangan..tp xpe tetap kne usahakan sebab saya xnak la jd blurr ble org ckp ttg hal nie..ttg hal tu..then, tiba-tiba arahan n tugasan pun dalam whatsup..mmg terngaga la klu xtaukn..nnt org labelkan miss blurr..ape pn xtau..huhu..

Nampak kemas dan smart

Antara model-model lenovo yg menjadi idaman
Paling berkenan di hati


Jadi tahun 2014 nie bg menolak label2 tu n menyelesaikan masalah nie saya bercadang nk beli smartphone baru yg lebih canggih la konon..hehe so hajatnye nak belilah jenama lenovo..tgh surveylah yg mne berkenan di hati yang penting memgikut bajet yg ditetapkan..saya pilih lenovo nie sbb harga die yg berpatutan..









Wednesday, 5 March 2014

CANTIKNYA MUSLIMAH

Salam

Orang yang mempunyai kecantikan luaran sahaja akan kalah dengan orang yang mempunyai kecantikan dalaman tetapi orang yang paling istimewa ialah mempunyai kecantikan dalaman dan luaran..

Tatkala ketika sibuk mencari tips untuk langsing dan mencari produk untuk putih...jangan lupa carilah penawar untuk bersihkan hati...janganlah sedih kalau tidak putih atau tidak langsing tetapi sedihlah jika ibadah sering dilupakan kerana lalai dan leka..

Oleh itu, saya akan berusaha menjaga imej muslimah dan memperbaikinya itulah satu azam dengan izin ALLAH SWT ia akan berjaya....







MEMBIMBING DIRI
Barangsiapa mampu menasihati dan membimbing dirinya sendiri, maka Allah akan selalu memelihara dan menjaganya.


MALU
Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya.




Monday, 3 March 2014

SELESA, SOPAN DAN MENUTUP AURAT

Salam

Bila bercerita pasal pakaian seorang perempuan muslim mestilah menutup aurat selari dengan garis panduan yang telah Islam tetapkan. Tetapi sekarangkan dunia semakin maju dan moden, so fesyen muslimah pun bertukar menjadi lebih moden dengan pelbagai gaya. Kadang-kadang menjadi keterlaluan dan biasannya digayakan oleh pelakon dan penyanyi yang bercirikn ala muslimah. Sebagai orang biasa yang mengekalkan ciri muslimah baju kurung biasa, baju kurung moden, blause, jubah, t-shirht labuh, seluar slack, dan skirt labuh menjadi pilihan.



Inilah pakaian kami simple, sopan dan menutup aurat


Sebenarnya, pakaian camtu la pilihan saya. Walaupun nampak cam tak up to date tapi ia selesa dan menutup aurat. Memanglah kalau hari-hari pakai baju kurung nampak old school lah..perempuan kampung lah..tapi bagi saya ia nampak cantik dan bersopan. Kalau pulak perempuan yang agak berisi baju2 yang saya sebut tadi sesuai sangat takdelah nampak ketat. Pastu kenakan pulak dengan tudung yang sesuai or nk meriah sikit pakai jela selendang.Biarlah orang tengok kita simple tapi yang penting syariat kena jaga. Sentiasa mengingati diri sendiri dan cuba menasihati orang lain.

Thursday, 20 February 2014

PRAKTIKAL

Salam....

Now semester 8 begin!!! ini bermakna sy sedang berpraktikal...memang mencabar apabila hidup bersendirian..pagi2 tunggu bas sorang2..tertanye2 bas apa yang patut naik..cam blurr jap..huhu..dalam bagunan pun sesat naik lift pn salah...itulah warna-warni kehidupan..pape pn ttp kne lalui jugak hidup berdikari sgt penting, kberanian pn pnting untuk berjaya..setiap detik mengingati ALLAH SWT dan sentiasa berbisik kepada yg MAHA KUASA..betul la orang kata belajar dengan bekerja adalah satu dunia yang jauh berbeza..waktu belajar sahabat sentiasa disisi sering membantu tetapi ketika kerja belum tentu ada orang yang akan membantu kita..so disitulah kita belajar erti kecekalan dalam hidup..walau apapu terjadi jangan pernah berputus-asa melainkan mencuba sehingga berjaya..percaya yang ALLAH SWT sentiasa melihat dan mengetahui apa yang terjadi pada hambanya..sentiasalah berdoa dan berselawat kepada RASULULLAH SAW..sesungguhnya ia adalah perkara yang paling bermanfaat..



Wednesday, 15 January 2014

PEMBUNUH UTAMA KAUM WANITA


DEFINISI
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
FAKTOR-FAKTOR
Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
•        Usia meningkat
•        Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
•        Telah mendapat kanser pada satu payudara.
•        Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
•        Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
•        Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


 PETANDA-PETANDA
Bagaimana pula dengan petanda-petanda nya?
  1. Putting berdarah
Penghasilan cecair daripada puting adalah normal dan biasanya ia berlaku akibat masalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh jadi membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  1. Ruam di bahagian puting.
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
  1. Putting tertarik ke dalam
Puting tertarik ke dalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada sesetengah wanita. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan ini baru berlaku dan terjadi tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.


EMPAT TAHAP
Kanser payudara dibahagikan kepada empat tahap yakni:
  1. Tahap  1
    Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
  2. Tahap 2
    Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
  3. Tahap 3
    Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
  4. Tahap 4
    Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.




RAWATAN

Bagaimana pula dengan rawatannya?
Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.
Pembentukan semula payudara boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi. Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula. Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.
Rawatan alternatif termasuk rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan juga boleh dilakukan. Apa-apa jenis rawatan tidak harus dicampur aduk. Selalunya, adalah disyorkan bahawa, seseorang itu patut menghabiskan rawatan “konvensional” terdahulu sebelum berpaling kepada rawatan alternatif.
Kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya. Sesuatu yang penting ialah anda tidaklah harus disogokkan dengan harapan-harapan palsu.  Malah, anda haruslah dimaklumkan akan kesan sampingan serta darjah ketidaksempurnaan  hasil daripada menjalani pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi.
P/S: kepada kaum wanita harus mengambil perhatian terhadap penyakit ini dan mengetahuinya.
- See more at: http://www.usahawan.com/kesihatan/kanser-payudara-definisi-punca-petanda-rawatan.html#sthash.UUUQ8Jlt.dpuf

Thursday, 17 October 2013

20 PERKARA WANITA TIDAK SUKA PADA LELAKI

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Wednesday, 16 October 2013

Cara berpakaian untuk Wanita Rendah



  • http://images02.olx.com.my/ui/15/98/55/1315085189_246699355_1-Pictures-of--Pakaian-Muslim-Muslimah-Terkini.jpg
  • Warna pakaian Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian - bahagian yang Anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian  (skirt atau seluar) akan menambah kesan tinggi pada tubuh Anda. Jika Anda kurang menyukai warna-warna tersebut, Anda boleh memilih warna lain, namun pastikan Anda memilih warna dengan tona yang sama.



  • Motif atau corak pakaian Pilih pakaian dengan motif atau corak bergaris vertical. Tips dan teknik ini telah banyak dilakukan oleh orang lain agar tubuhnya yang gemuk kelihatan lebih kurus. Perhatikan pula ukuran dan jarak antar garis vertical tersebut. Ukuran garis yang tebal (tidak nipis) dan jarak antara garis yang cukup lebar adalah tidak efektif untuk menjadikan Anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertical yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Pakai skirt, seluar (pants), blaus, t-shirt dan gaun bergaris. Motif garis vertical ini juga akan membuat tubuh Anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. Selain motif garis vertical, Anda juga bisa menggunakan motif garis-garis asimetrik seperti tunik untuk memberi kesan panjang pada bagian atas tubuh.



  • Ukuran pakaian Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang Anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah, kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan-kekurangan pada tubuh Anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan semakin menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh Anda tonjolkan. Ini tentu akan menambahkan kesan besar pada tubuh Anda. Untuk itu, orang yang berbadan besar seeloknya menggunakan pakaian yang berukuran cukup-cukup muat (tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar) dan sesuai dengan ukuran tubuh Anda.



  • Skirt Jika Anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih tebal (besar), sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menambah volume tubuh dan nampak gemuk.



  • Blazer dan cardigan Blazer yang berwarna gelap merupakan pilihan yang cukup baik, kerana akan menonjolkan bentuk tubuh seperti menonjolkan pinggang dan pinggul. Kardigan juga akan memberikan efek/kesan merampingkan tubuh. Anda dapat memilih model kardigan dengan model potongan yang lebih panjang.



  • Postur Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu Anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan bergaya.



  • Kasut tinggi Kasut dan sandal bertumit tinggi adalah pilihan wajib bagi setiap wanita yang ingin kelihatan lebih ramping. Selain lebih ramping, pilihan ini akan membuat tubuh Anda kelihatan lebih tinggi. Jika Anda rasa kekok dan tidak selesa memakai kasut bertumit terlalu tinggi, Anda boleh pakai kasut atau sandal yang tumitnya sederhana tinggi.