Wednesday, 14 January 2015

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Salam semua

sekali-sekala menjenguk blog nie..ade je ssuatu yg nk disharekn..sbelum tu nk wish selamat tahun baru..welcome 2015..ohh noo now i'm 24 already..so langkah yg rapi perlu diatur untuk mse depan yg gemilang..dgn berbekalkn azam yg dah renew i want to be first class of mind.."minda kelas pertama" yess mmg ssah  nk jd minda kelas pertama..mcm2 la org ckp..ehh minda kau??kelas pertama?? harharhar..okay fine lantak la org nk ckp ape tp itu azam kite so why not challenge myself to be a reality..inilah semangat 2015 yg akan ku bawa hingga ke penamat hidup ini..

minda pertama versi diriku ialah...
*jgn mudah mengalah
*jgn malas-malas
*sentiase memikirkan jln penyelasaian masalah
*moving forward..pndang kedepan
*kurang dosa tingkatkan amal ibadah
*plesss sukarela untuk wat perkara yg baik
*rajin timba ilmu from UPSR..PMR..SPM..STAM..DEGREE..insyaallah MASTER and PHD
*jika kau ank emak n abah berbaktilah kepada mereka
*ehh..kaklong plak tu..jdilah contoh pd adik2
*yg pling penting menjadi hamba ALLAH yg taat n berjasa kpada agama..aminn.


ffuuhhh panjang berjela-jela definisi minda pertama versi diriku..so untuk mrelisasikan azam nie kne berusaha n bekorban..kdg2 memang lemah ble diuji dgn hal2 dunia..terutama skli psl kewangan..nk hidup zaman ler nie xde duit xidup..dah la zmn GST..hehehe zmn kenaikan harga dan zmn ketandusan kerja..adoiii..tp plisss jgn mudah mengalah ko ttap boleh hidup dan akan berjaya..percayalah rezeki Allah tu luas..seperti firmanNYA" aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri akan mengubahnya."

sekian..see u again

wasalam

Wednesday, 1 October 2014

UJIAN ADALAH TANDA SAYANG ALLAH

salam

hari ini nak kongsi sikit psl ujian..semua org akn menghadapi dugaan, cabaran, masalah dan yg paling menyayat hati apabila kehilangan sesuatu yg kite syg..seperti yg kite ketahui malaysia digemparkan dgn berita kehilangan MH370 iaitu pesawat yg membawa rmai penumpang dan muncul pula berita pesawat MH17 ditembak ketika melalui kwasan ukraine menyebabkan kehilangan byk nyawa..bila dikenang semula peristiwa besar ini memang sgt menyedihkan tetapi sedarkah kita bahawa itu ujian yg Allah turunkn sbg peringatan dan tanda sayangNya kpd kita semua..oleh itu segeralah kita beribadah kpdNya kerana hidup ini hanya sementara..kadangkala kite terlalu mudah melatah ketika diuji..kita merungut, marah dan yg paling menyedihkan menyalahkan takdir sehingga boleh memesongkan akidah kita..knape perlu sampai begitu sedangkan kita ada Allah tempat paling sesuai untuk mengadu..kembalilah semula mengingatiNya..





"Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya sekiranya mereka tidak mampu"

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]






Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(سورة البقرة , Al-Baqarah, 214)


Monday, 29 September 2014

SATU PERMULAAN PERLU KETABAHAN

Salam

Memang terlalu lama tak jengguk blog nie..so hari ini tergerak hati untuk meluahkan sdikit rasa disini walaupun sudah sibuk berwasap, berinsta, berfb, berwechat dll..alhamdulillah sudah tamat pengajianku selama 4 tahun yg dulunya ku rasa amat lama dan kini terlalu singkat bagiku..insyaAllah akan berkonvo pd 15 november - 16 november bersama sahabat-sahabat tersayang..sungguh indah aturan Allah S.W.T..jika terkenang kembali pahit jerih ketika belajar rasa tidak mampu menghabiskan 4 tahun itu tetapi berkat kesabaran, usaha, ketabahan dan semangat drp semua org akhirnya ia tetap berjaya ditamatkan dengan segulung ijazah.

namun episod kehidupan bukan terhenti sekadar disini..byk lagi dugaan yg akn ditempuh pd hari mendatang..terutamanya alam pekerjaan..sekarang aku tengah giat mencari kerja kerana takut dilabel graduan menganggur..insyaAllah akn berjaya jika berusaha lebih..jgn malas!!!

sementara menunggu kerja tetap aku mencari sedikit rezeki di bumi nilai ini dgn menjadi pembantu penyelidik kpd pensyarahku..menimba ilmu jgn pernah jemu..aku juga mengusahakan minat yg terpendam selama ini iaitu berniaga kecil-kecilan..dgn mgunakan kreativiti sendri terhasil juga halfmoon..then dah de customer..alhmdulillah..bkn nk untung sgt tp sbb minat..

antara halfmoon yg tinggal
halfmoon nie xjarang n selesa dipakai dimana-mana..

ready untuk di pos kepada customer




Sunday, 11 May 2014

KENALI BAHAGIAN DALAM BADAN

Salam

Apabila bercerita tentang bahagian dlm badan kita byk pekara yang kita masih tidak tahu. Sedangkan ia adalah pekara yang penting untuk kita ketahui kerana ia adalah milik kita. Sesungguhnya organ dalaman memainkan peranan penting untuk kitaran hidup kita seharian. Organ dalaman juga bekerja 24 jam tiada henti. Jika salah satu organ dalam berhenti maka akan bermasalah seseorang itu. Oleh itu, kita perlu tahu setiap fungsi organ dalaman kita dan menjaganya dengan baik. Makan makanan berkhasiat, banyakkan senaman dan berpuasa adalah antara pekara yang baik untuk menjaga kesihatan dan baik untuk organ dalaman kita. Jom kita lihat dan kenali bahagian-bahagian dalam badan kita seperti gambar dibawah:-



Monday, 14 April 2014

AMALAN PEMAKANAN SIHAT





Amalankan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah SAW..makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilah sebelum kamu kenyang..jika kita mengikut unjuran islam maka InsyaAllah badan kita akan sihat..selain itu pilihlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting halal untuk dimakan..sumber makanan juga perlulah daripada sumber yang betul kerana setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.





Tuesday, 8 April 2014

CERIA BERSAMA SHAWL WARNA-WARNI


gabungan warna yang menarik


warna cerah dan lembut gandingan menarik

Shawl sesuai di pakai di mana-mana kerana selesa dan ringkas. Ia juga menjadikan kita lebih menarik dan menawan. Warna yang cantik menambahkan lagi seri pada si pemakai. Selamat mencuba =)

Sunday, 23 March 2014

JANGAN MENYESAL

Salam....

Janganlah kita menyesali... apa yang telah kita putuskan .. Terimalah dengan ikhlas dan penuh kesabaran.. Mungkin semua ini campur tangan takdir Tuhan... Yang digariskan sebagai ujian.. Agar kita lebih beriman.. Ketika Tuhan memberikan ujian pada kita.. Itu bukti bahwa Tuhan sayang pada kita.. Dan kita tentunya haruslah selalu ingat kepada-NYA.. Dengan tidak berburuk sangka dan selalu bersyukur apapun yang telah diberikan kepada kita.

PERCAYA QADA’ DAN QADAR


Firman Allah SWT bermaksud: Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.(Surah al-Anaam: ayat 59).

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.